Kesatuan Ragbi Malaysia hari ini mengumumkan Mohd Saizul Hafifi Md Noor sebagai Ketua Jurulatih baharu untuk mengetuai pasukan lelaki 15 sebelah kebangsaan. Bekas Ketua jurulatih pasukan 7 sebelah kebangsaan yang mengemudi pasukan meraih pingat emas di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur itu kembali untuk kempen Asia Rugby Championship 2025.
Saizul Hafifi akan menggantikan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar yang bersama dengan pasukan Bunga Raya untuk kempen Asia Rugby Championship 2023 dan 2024. Malaysia menamatkan saingan pada tahun lalu ditangga keempat dengan pasukan Hong Kong muncul juara, United Arab Emirates di tangga kedua serta Korea Selatan di tempat ketiga.
Tugasan pertama Saizul Hafifi adalah untuk membentuk pasukan Bunga Raya yang bakal memulakan aksi 2025 dalam saingan playofff Asia Rugby Emirates Championship pada April nanti. Malaysia akan menentang pasukan Sri Lanka dengan pemenang perlawanan tersebut akan mendapatkan tempat untuk beraksi di Asia Rugby Championship 2025.
BUNGA SENARAI KEJURULATIHAN RAYA 2025
BUNGA RAYA 15s
KETUA JURULATIH : MOHD SAIZUL HAFIFI MD NOOR
JURULATIH : MOHD FAIZ MD ALI
JURULATIH : KHAIRUL AZHAR SHA’ARANI
BUNGA RAYA 7s LELAKI
KETUA JURULATIH : NIK SAFUAN ISMADE NIK MAN
JURULATIH : NIK MOHD SHAHIDDAN MOHD ZAIN
BUNGA RAYA 7s WANITA
KETUA JURULATIH : MOHAMMAD FAIZ SAMSUKHIDIR
JURULATIH : MOHAMAD NAZIIM SHAHRUDDIN